Jumaat, 31 Oktober 2014

Industry Expert

Ada 6 teknik ampuh dalam marketing:

Bagaimana nak jadi Industry Leader

1. Writing dan Authoring
Tulis di FB, Twitter, Insta, Email, Blog, Linked In, Google Plus
Tulis apa sahaja asal usul kedai ke, yang ada Siri 1, siri 2 dan lain-lain
Tulis ttg pengalaman perniagaan ke
CONTENT MARKETING! adalah tulis apa yang orang suka baca, share history, share experience

2. Online Presentation
orang boleh nampak kita di online/maya

3. Menjadi Speaker/Trainer

4. Seminar Leader/Organise seminar
Be organiser

5. Consultant

6. Coach in Your Industry

Rabu, 29 Oktober 2014

Feel Good Statement


Feel Good Statement adalah satu teknik di mana kita telah meletakkan diri kita di tempat kejadian itu telah berlaku... Jika kita ada impian dan telah kita tuliskan di dlm dream book kota

' Saya telah capai RM 1 juta dalam akaun...
' Saya telah .....

Lupakan, impian itu takkan tercapai.. hehehehe.... dulu saya tulis mcmtu... Then saya tukar..

' Alhamdulillah, saya dah capai dalam akaun saya RM 1 juta ....
' Alhamdulillah, saya dah pergi umrah pada tahun 2015 bersama family saya....





21 Prinsip Sucikan Kolam Jiwa


Ya Allah, hari ini aku bersyukur dengan segala nikmat yang engkau berikan, Lebih banyak aku bersyukur lebih banyak nikmat yang engkau berikan.. Amin....

1. The power of syukur
2.  The power of sujud
3.  The power of selawat
4.  The power of Giving
5.  The power of Suci
6.  The power of Smile
7.  The power of Sabar
8.  The power of Salam
9.  The power of Silaturrahim
10.  The power of Submission
11.  The power of Tawakkal
12.  The power of Servicing Other
13.  The power of Ikhlas
14.  The power of Siddiq
15.  The power of Environment/Suasana
16.  The power of Energy/semangat
17.  The power of Now/segera
18.  The power of Love
19.  The power of Sejahtera-jiwa tenang
20.  The power of Sunnah
21.  The power of Syafaat -

22. The power of Gila-Gila - Gila buat duit, gila cr ilmu, gila bersedekah, gila sujud , gila selawat...


Formula MESTI kena programkan dalam minda selama 21 hari , 44 hari supaya lekat jadi tabiat dan bila dah jadi tabiat mudah untuk konsisten dan berjaya.

M- Mentor
E-Elmu
S-Sistem
T-Tindakan
I- Impian

#Redahje
#Berani
#Just Do It
#Bila ada halangan dan pressure, u akan berubah

Saham Ohh Saham...


Hari ini adalah hari rabu 22/10/2014 jam 9.00 pagi, tika saya menulis ini :
Alhamdulillah saya bersyukur, saya telah :
1. Pergi umrah bersama suami, ibubapa saya, mak dan ayah mertua saya pada tahun 2015
2. Saya telah menjlankan bisnes sendiri dan bekerja sendiri
3. Saya dapat bersedekah hari-hari RM5000
4. Saya dan suami telah beli rumah cash

Inilah antara why factor kenapa aku pilih saham sebagai platform untuk capai matlamat dan impian. Alhamdulillah, aku bersyukur menjadi kaya dan berjaya, hartawan dermawan dunia dan akhirat.
Dan aku bersyukur apa yang Dr Asri pakar saham sharekan banyak membantu supaya aku dapat bantu orang lain juga sharekan ilmunya.

Apa yang membezakan saham, forex dan skim cepat kaya di luar sana?
1. Apa-apa sahaja pulangan yang guaranteed nyata adalah scam dan jatuh haram riba Al-Qard
2. Saham bukan skim cepat kaya

Pengiraan ROI :

Untung/Modal = ROI

contoh:
 ROI : 10-1    =0.9 x 100
              1
                      = 90%

Pernah dengar TNB? Telekom? Maxis? Digi? Axiata?
Berapa ramai pemegang saham Tnb? Telekom? Maxis? Axiata?Klcc? Petronas?
Ramai yang kata saham sangat berisiko? betul ke? Yes , memang betul saham ada turun naik tapi jika ada teknik dan ilmu yang betul kita boleh kurangkan risiko itu. say " I Am Smart Investor"

Apakah persepsi-persepsi negatif dalam saham? Antaranya:

1. Saham merugikan
2. Susah
3. Haram
4. Perjudian
5. Tiada Masa
Ramai yg jadi ahli judi kerana tidak belajar dan tiada ILMU, semberono, hentam keromo. Sebanarnya, dengan ILMU yg betul+BERANI+MODAL adalah kunci dalam pelaburan saham. Dalam pelaburan saham juga tidak akan dikenakan cukai tetapi wajib bayar zakat saham.

Tips:
1. Dalam bursa saham kita boleh check di bahagian Enforcement di mana terdapat list syarikat yang scam.
2. Kaunter-kaunter pilihan seperti Scicom, Osk properties, Nestle, GHLSYS, Efficen, Sumatec dll
3. Melabur dalam ilmu dulu. Saham adalah sentimen dan psikologi.
4. Jangan kontra means beli pagi jual petang
5. Saham IPO
6. Saham adalah perniagaan
7. Jangan berhenti belajar
8. Teknik hold at least 10 hari
9. Syarikat mana yang terlibat dengan GST, beli syarikat itu eg Censof, Ifcam
10.Kita kena piki apa yang perlu kita buat
11. Jangan dengar cakap orang
12. Perlu fokus
13. Trade sendiri
14. Setiap tahun, bulan November sehingga Februari adalah bulan yg paling kukuh dan market sedang cantik meningkat, so , hari2 hari raya.. Alhamdulillah....

Apa makna saham?

S - saving, kita harus gunakan simpanan yang tidak digunakan, bukan dgn pinjaman bank, no never do this
H - Holding Power
A - Anticipated, berapa RM kita nak capai , berapa lama matlamat kita
R - Risk, risk and reward, its all about Brave
E - Emosi, perlu kawal sifat tamak dalam diri
S - Selection, Pilih kaunter yang betul dan syariah

Sistem Dalam Saham

1. Method - mempunya Fundamental Analysis dan technical Analysis, perlu ada ilmu bila nak beli dan bila nak jual.
2. Money Management - perlu ada ilmu utk mengurus kewangan  , berapa nak beli, bila nak beli, apa perlu kita buat dengan wang setelah kita untung
3. Mind setting - saham is all about psikologi part

Dalam kelas Dr Asri akan diajar bagaimana untuk  80% to win dan 20% to lose

Syarat Untuk Pelaburan Saham:
1. Umur 18tahun
2. Mempunyai akaun CDS
3. Laptop dan Smartphone
4. Modal
5. Zero pasal saham


#Lyzza
#Manulife Asset Management
shahlizasukiman@gmail.com


Khamis, 23 Oktober 2014

Just Having Fun


Hari ni aku nak update pasal pentingya having fun dalam life kita. Having fun bukan bermaksud bergembira terkinja-kinja. No,no,no jangan salah faham..

Buatkan hari-hari anda ceria, gembira dan tersenyum. Walaupun ada masalah tapi anda masih boleh having fun kerana dalam hidup ni sentiasa ada cabaran dan halangan. Bila anda mula lepaskan your energy dan letgo energy lagi banyak cas positif dan neuron serotinin akan terhasil.
Lagi tinggi anda lepaskan dan letgo energy lagi banyak kita akan gembira.

Bagaimana untuk switching kepada asal apabila anda merasakan diri start kemurungan. Ingat , aura negatif boleh berjangkit dan viral kepada yang lain. Bilamana anda rasakan aura negatif itu, cepat-cepat switchkan! Anda adalah magnet kepada kehidupan anda. U yang tentukan diri u sendiri. Makanya, sebelum tidur kita hendaklah programkan kepada minda kita, jadi sepanjang proses tidur itu, minda kita sedang bekerja untuk menjadikan sangkaan itu benar-benar berlaku...

Kat sini ada 8 petua yang kita boleh guna utk jadikan kita ceria dalam masa 1 jam, antaranya :


1. Tingkatkan Tenaga:

Apabila bercakap di talipon, cuba berdiri dan bercakap seolah-olah orang yang bercakap dengan anda itu berada didepan anda. Untuk mendapatkan tenaga, andajuga boleh keluar berjalan-jalan secara pantas selama 10 minit diluar rumah atau di luar pejabat. Kajian menunjukkan bahawa cara berjalan sedemikian boleh meningkatkan metabolisma. Aktiviti dan cahaya matahari boleh meningkatkan fokus, menambah mood bekerja dan otak pula mampu menyerap informasi dengan lebih cekap. Secara tak langsung apabila anda nampak bertenaga, suasana sekeliling anda juga akan terpengaruh bertenaga dan rakan-rakan sekerja anda juga akan terpengaruh untuk bekerja dengan bertenaga.

2. Hubungilah rakan-rakan:

Cuba buat temujanji makan tengahari atau hantar email kepada rakan anda yang telah lama tidak berhubungan. Salah satu kunci kepada kebahagiaan adalah dengan adanya perhubungan yang baik dengan orang, oleh itu selalu-selalu lah berhubungan dengan mereka. Sekiranya ini dilakukan secara berterusan, sikap sosial ‘introvert’ anda akan bertukar kepada ‘extrovert’ (lebih kepada keterbukaan)

3. Lakukan kerja-kerja yang mencabar: 

jawab email, beli sesuatu yang anda perlukan atau buat appointment dengan doktor gigi anda. Kadang-kadang dengan membuat kerja-kerja yang mencabar akan memaksa penjanaan tenaga dan membuatkan anda aktif. Berkemungkinan darah anda jarang-jarang di pam secara pantas keseluruh otot-otot dan saraf.

4. Wujudkan suasana yang kemas dan tenang:

Kemaskan ruangan kerja anda dengan menyusun kertas, membuang sampah, menyusun fail, menyimpan dokumen atau membersihkan alat-alat letrik di pejabat atau dirumah seperti mesin fotostat, mesin fax, komputer dan sebagainya. Jadikan kerja-kerja itu sebagai ‘aktiviti seminit’ anda setiap hari. Suasana yang berselerak akan menjadikan fikiran anda juga kusut. Walaupun seminit, anda telah berjaya mengurangkan beban penglihatan terhadap kerja-kerja yang tidak kemas. Apa salahnya anda meletakkan pasu bunga kecil dengan tumbuh-tumbuhan hidup didalamnya. Ini dapat menghidupkan suasana semulajadi yang mampu menceriakan suasana sekitar anda.

5. Rancanglah sesuatu yang menyeronokkan:

Buat pesanan buku yang anda hendak baca. (pastikan buku itu memang anda hendak baca sangat-sangat) atau rancanglah untuk pergi melawat muzium bersama rakan atau keluarga, sebagai satu lawatan yang informatif. Anda juga boleh cuba menyertai ‘jungle trekking’, ‘canoeing’, pergi ke kedai hardware, menonton wayang atau apa-apa sahaja yang berbau hiburan. Kajian juga menunjukkan dengan mengadakan aktiviti-aktiviti seperti itu, boleh menjadikan hidupanda lebih seronok. Menyertai aktiviti sedemikian bukan sahaja menyeronokkan tetapi dapat membaharui latarbelakang diri anda. Ajaklah kawan-kawan atau sesiapa sahaja untuk menyertai. Lebih ramai lebih baik kerana anda boleh sambil-sambil berkenal-kenalan dan bertukar-tukar pendapat semasa bersukaria itu.
Bulan Ramadhan hampir tiba, apa salahnya anda mencetuskan idea kepada kawan-kawan anda atau pejabat anda RM10 seorang untuk anak-anak yatim atau untuk orang-orang tua di rumah Kenangan atau disekolah-sekolah agama persendirian yang dhaif. Setelah dikumpul, anda boleh sahaja membelikan beras, makanan atau apa-apa sahaja yang difikirkan perlu untuk dihantar ke tempat-tempat berkenaan. Tak perlu publisiti, hanya hantarkan. Anda akan rasakan sesuatu yang menyeronokkan dan kepuasan selepas itu. Cubalah.

6. Buat sedikit kebajikan:

Membuat kebajikan bukan beerti anda terpaksa menubuhkan persatuan kebajikan. Sekecil-kecil kebajikan mungkin hanya dengan menghantar email kepada kawan atau saudara anda dengan mengucapkan salam, Selamat Pagi atau mengucapkan Selamat Harijadi.
Apasalahnya jika anda sebagai ketua, menghantar email kepada orang-orang bawahan anda dengan ‘Terimakasih kerana telah membantu saya, saya hargai kerja-kerja anda” sekali sekala. Selepas itu lihatlah apa yang akan berlaku pada orang bawahan anda. Tentunya dia akan kelihatan lebih ceria hari itu berbanding dengan sebelumnya.
Anda juga boleh membuat jamuan tengahari secara mengejut terhadap orang-orang bawahan anda. “Tengahari ini saya nak belanja makan tengahari”. Berapalah sangat belanja makan tengahari jika dibandingkan dengan produktiviti yang akan dihasilkan kelak. Anda akan terkejut dengan anda belanja orang makan, rezeki anda kan bertambah tanpa disangka-sangka. Percayalah!

7. Tunjukkan anda gembira:

Senyumlah. Senyumlah walau sedikit dan kalau boleh teruskan senyum. Kajian menunjukkan bahawa jika anda tersenyum walaupun dengan terpaksa akan menghasilkan kesan yang positif kepada emosi anda- membantu menyemarakkan semangat dan juga menceriakan suasana sekitaran anda. Jika anda selalu tersenyum, anda akan dikenali sebagai seorang yang ‘friendly’ dan mudah didekati.

8. Dengarlah muzik kegemaran anda:

Dengarlah muzik. Ada kajian yang telah mendapati bahawa 92% responden merasa lebih ceria selepas mendengar muzik. Apa salahnya gerak-gerakkan sedikit tubuh anda apabila mendengar muzik. Mendengar muzik yang ringan atau sesuai dengan citarasa anda boleh mengurangkan kemurungan dan membangkitkan semangat anda semula. Irama yang bertepatan dengan degupan jantung anda menjadikan anda lebih bertenaga tak kira semasa bekerja atau semasa memandu.
Ada yang berpendapat, cuba untuk bergembira adalah tindakan yang sia-sia. Tidak benar samasekali. Sesiapa sahaja yang nampak gembira dalah orang yang disukai ramai, nampak sihat, produktif dan berjiwa kemasyarakatan. Oleh itu, dalam usaha kita hendak menjadi menceriakan diri, secara tidak langsung kita akan menceriakan orang-orang yang ada disekeliling kita. Apalagi…, sekarang tugas kita adalah untuk menceriakan diri dan menjadi gembira dimana sahaja.
Bagaimana perasaan anda sekarang? Happy???

Selasa, 21 Oktober 2014

Give Up?!! Say No,No,No... I am Marketing Genius :)


Pernah tak anda rasa
"saya dah tak tahan"
"saya nak give-up"

Saya pun pernah rasa gitu. Bukan sekali. Banyak kali. :)
Apa patut kita buat?

Bila dah cuba macam2 cara, belajar macam-macam benda, tapi satu sen pun tak nampak hasil lagi.
Sharing dari mentor saya...

Kalau anda dah menyampak dgn apa yg anda bt sekarang, serik,
100% give up dah tak nampak jalan. Buntu. Kaku.Lesu.

Langkah 1 : JUST DECIDE!!
Buat keputusan. Tgk balik impian anda. Berapa RM aku perlukan. Berapa byk aku perlukan. Apa WHY faktor anda. Kenapa anda perlu capai impian itu?? Masing2 ada why factor yang berbeza tapi hasilnya sama. tak gitu?

Buat keputusan yg anda nak RM50,000 dalam masa 6 bulan. Nampak susah tapi tak mustahil kan??
Memang tak kan dapat 100% tapi biasanya akan ada bau-bau masin, bau-bau bacang sikit.. :) kan? kan? Mungkin tak dapat dalam masa 6 bulan, mungkin 8 bulan, tapi still OK lah kan??? Bila dah decide, next! Kenapa anda kena decide? Sebab klu kita tak decide kita akan hilang arah. Lost. apemende yg aku kene buat ni. HUHU... Kalo lepas step ni pun fail, biasanya 2 sebab je 

1. Anda main-main
2. Anda takut

Pastikan jangan pilih 2 langkah ni, hokkay!!

Langkah 2 : JANGAN MAIN-MAIN

Banyak godaan yg akan mensasarkan kita kepada tujuan asal kita, Erkkk!! 
Buit duit itulah
Buit duit inilah
Buit duit gitulah
Buit duit ginilah

Pilih satu je yg anda mahir atau sesuai dgn jiwa  dan FOKUS! Dan terbukti ada pasaran yg bagus.
Kalu yg satu ni pun kita kandas, haiya,, jgn bermimpilah nak pilih benda2 lain. Pun sama je.Pilih satu, dan selagi tak dapat kejayaan kecil... jangan putus asa. Kalu dlm pasaran memang terbukti orang boleh kaya.. tak mustihal jika kita pun boleh buat juga.

Jangan mimpilah kita boleh berjaya dengan bertukar ke projek yg lain dan seterusnya. Dari projek yang kecil, atur langkah untuk kejayaan yang lebih besar sikit. Lepas tu, lama2 akan mahir. Anda boleh buat duit dari situ dgn pejam mata. FLy!! Aloha..

Langkah 3 : JANGAN TAKUT!!

Saya takut gagal. Jadi nak atasi perasaan takut gagal tu, kena gagal lah. Perasaan ni adalah salah satu perasaan yg banyak membunuh impian orang. "Kalau fail mcmne ek?" Penat je kan"
Takut gagal ni membunuh semangat yg besar. dan saya tak salahkan sesiapa. Kita sebgai manusia biasa pasti pernah merasai gagal, kena reject, Jadi logik otak kita dah mula berubah. inilah biawak dlm diri kita selama ini. Kita akan tipu diri kita

"baik aku buat benda lain, kalau gagal, rugi je masa dan duit"...

Anda tak perlu takut gagal lah... SEBAB... Anda CONFIRM   akan GAGAL

cuba cerita.. sape yg selalu berjaya 100% setiap kali?

Pemain bola paling power pun kena try banyak kali sblm masuk gol
Masak gulai pun kena berkali test baru sedap
Setiap kali buat jualan , mesti cuma 1 or 2 berjaya daripada 10 cubaan.

Sehebat mana pun org tu, ada pengalaman byk mana pun, sekuat mana pun.....

Takkan ada yg terus berjaya 100% setiap kali dibuat
Pasti ada kegagalan.

Anda tak perlu takut, sebab confirm GAGAL punya.. Apa yg anda perlu buat.. Adalah GAGAL dan belajar dari kegagalan. Itu je cara untuk kita lebih matang, dan lebih layak untuk terima rezeki yang kita mintak. Itu hadiah dari kegagalan-secebis ilmu yg berharga.

Nukilan,
Lyzza

Isnin, 20 Oktober 2014

The Power of Enthust


Rasa excited nak update blog. Rupanya banyak benda kita bole create dalam life ni. Its about our syukur and happines. Apa yang saya fikir, rasa, cakap, buat adalah DOA. So, submit your DOA. Itulah yang saya belajar. The Power of Submission.

Alhamdulillah, syukur aku dapat ikut program of the year Dr Azizan. Rasa rindu that moment. Banyak sangattttttt sharing dan ilmu yang aku dapat  di samping membe-membe yang havoc dan best!



Team Diamond Millionaire Marketing Mastery Program. 


Submit DOA


Anda Kaya Dan Berjaya! :) 



With Instructor Bara Bara Bere , :D 

Jumaat, 17 Oktober 2014

Fokus



Fokus. Persoalan ini yang saya nak kupas. Banyak saya lihat orang berjaya  memulakan sesuatu perkara/bisnes  dan menghabiskan hingga berjaya. Persoalannya, berapa banyak fokus kita ? Berapa banyak tabiat yang kita telah bentuk dan fokus kepada tabiat untuk berjaya kepada bidang yang telah kita mulakan. Berapa lama kita bersabar dan fokus untuk berjaya di dalam sesuatu perkara yang telah kita mulakan. Setelah berjaya dalam 1 bidang yang telah kita mulakan, Barulah kita fokus pada perkara lain. Pokoknya FOKUS. Itulah nasihat dari orang-orang berjaya. Kenapa kita perlu fokus. Bagaiman untuk fokus?

Cara bina tabiat dengan mudah...
Saya ingin berkongsi satu contoh tabiat orang kaya dan bagaimana nak membina tabiat dengan mudah.

" kualiti tabiat kita menentukan kualiti hidup kita"

banyak sekali perkara-perkara yang boleh mengganggu tabiat kita, jika kita telah membentuk ia sbg satu tabiat, ia akan dibuat secara automatik tanpa sedar! Dan kita akan berjaya menepis gangguan-gangguan tersebut dan hidup akan jd lebih teratur.Tendang dan katakan Goodbye!

Tabiat orang kaya adalah orang yang sangat FOKUS! Mereka akan mulakan sesuatu dan buat sampai habis. Orang kaya akan bertahan dari melayan gangguan dari anasir luar. Mereka akan membentuk tabiat SETIAP HARI!  Contohnya, pukul 8-9 kerja mereka hanya akan buat pemasaran di facebook. Dalam masa ini mereka tak akan buat perkara lain. Bagi orang kaya, Tabiat ini automatik. Mereka baut kerja yang sama setiap hari, dan ia hampir seperti minum air tanpa bernafas.

Ia seperti memandu kereta tanpa berfikir. Tapi soalan seterusnya begini.

Selasa, 14 Oktober 2014

My Cashflow



Siri 1 - Mudahnya Menabung

Mengapa kita perlu menabung dan menyimpan. Apa akibat jika kita menyimpan. Apa masalah yang akan kita hadapi jika kita tidak mulakan disiplin menyimpan. Semakin hari kita tangguh semakin banyak masa dan wang kita kena mulakan. Maka, bermulalah. jika tidak mampu yang banyak dan besar, bermulalah dari yang kecil dan sikit kerana amalan yang konsisten dan istiqamah itu lebih baik.

Dari mana datangnya simpanan jika tidak menabung. Tabungan yang baik dan bagus adalah dari mereka yang berdisiplin. Di bawah ini hanyalah cadangan . Ikutlah cara masing-masing, Setiap orang ada active income . Dan daripada pendapatan itulah kita akan gunakan untuk perbelanjaan bulanan seperti makan, minum, bayar rumah sewa, bayar loan kereta, bayar bil api dan air dan necessary thing dan lain-lain. Panduan berikut :

1. Tabung FFA - 10%

Tabung ini di namakan Financial Freedom Account iaitu tabung simpanan untuk kita lupakan. Banyak instrumen simpanan yang kita boleh mulakan dengan modal minimum dan pulangan yang stabil sekitar 10-12% setahun. Contohnya, unit trust, ASB, fixed deposit

2. Tabung Fun - 10%

Tabung ini harus dihabiskan! Reward urself . Ini masanya untuk anda enjoy dengan aktiviti fun yg digemari. 

3. Tabung Donation - 10%

Jangan lupakan ibu bapa, famly dan orang susah. Apa salah kita memberi pada ibu bapa kita . Itukan lebih berkat , dengan doa dan kasih sayang mereka perjalanan hidup kita akan lebih teratur. Percayalah. The Power of Sedekah!

4. Tabung LTSS ( Long Term  Spending Saving) - 10% 

Tabung ini kita boleh guna utk something/barang yang kita nak beli. Contoh, perabot rumah ke, handphone ke, kalu boleh jangan suka BERHUTANG! 

5. Tabung Education - 10%

Tabung ini pun penting untuk kita upgrade knowledge. Bila knowledge upgrade , so income kita pun upgrade, Amacam?


6. Tabung Necessity - 50%

Tabung inilah yang kita gunakan untuk penuhi keperluan hidup. Rumah , kereta, makan minum, minyak, topup handphone dan etc. Klu terlebih budget kat sini, try kurangkan kos hidup dan tingkatkan income.. Amacam??

Contoh :

Gaji RM2500.00 . Allocation untuk tabung berikut:

1. Tabung FFA - 250.00
2. Donation   - 250.00 
3. Tabung Entertainment - 250.00
4. Tabung LTSS - 250.00
5. Tabung Education - 250.00
6. Tabung Necessity - 1250.00

Mudah bukan? Berbelanjalah ikut kemampuan , bukan ikut kemahuan.
Simple tips bukan.... 


Salam Hormat,

Shahliza
#Manulife Asset Management Services Berhad
#shahlizasukiman@gmail.com
#016-2955971


Isnin, 13 Oktober 2014

Indahnya Hidup Dengan Syukur Dan Memaafkan


Assalamualaikum pembuka bicara...

Pertama sekali saya bersyukur kepada Allah kerana masih di beri nafas, kesihatan dan kesempatan
untuk menjalankan aktiviti . Like new born. Semakin banyak kita bersyukur semakin banyak Allah akan tambah nikmatNYA.. Jadi layarilah hidup ini dengan penuh rasa kesyukuran.

Banyak perkara yang ingin aku sharekan dlm blog. Tok guru pesan, mulailah menulis apa-apa sahaja.
Ape yg aku nak tulis, cikgu kata apa-apa sahaja, insyALLAH lama-lama akan ada idea menulis. Walaupun aku pun tak tau ape harus aku tulis, aku tetap nak menulis.. 

The Power Of Syukur..
Selepas ikuti kelas IMKK Jun Dr Azizan my persepsi about life totallly changed. Berubah 360 darjah celcius. Anda perlu belajar bersyukur dahulu untuk berjaya, bukan dah berjaya baru nak bersyukur. Bersyukur dengan apa sahaja, apa-apa yg ada pada diri kita. BERSYUKUR dahulu. 

The Power of Forgive
Apa yg aku belajar adalah belajar maafkan orang. Jangan simpan marah dan dendam. Bersihkan hati . Walaupun dengan suami kita ke, isteri , anak-anak, adik beradik, kawan-kawan, ibu bapa, sahabat handai dan sesiapa sahaja. Rahsia tenang dan magnet rezeki adalah dengan memaafkan orang