Siri 1 - Mudahnya Menabung
Mengapa kita perlu menabung dan menyimpan. Apa akibat jika kita menyimpan. Apa masalah yang akan kita hadapi jika kita tidak mulakan disiplin menyimpan. Semakin hari kita tangguh semakin banyak masa dan wang kita kena mulakan. Maka, bermulalah. jika tidak mampu yang banyak dan besar, bermulalah dari yang kecil dan sikit kerana amalan yang konsisten dan istiqamah itu lebih baik.
Dari mana datangnya simpanan jika tidak menabung. Tabungan yang baik dan bagus adalah dari mereka yang berdisiplin. Di bawah ini hanyalah cadangan . Ikutlah cara masing-masing, Setiap orang ada active income . Dan daripada pendapatan itulah kita akan gunakan untuk perbelanjaan bulanan seperti makan, minum, bayar rumah sewa, bayar loan kereta, bayar bil api dan air dan necessary thing dan lain-lain. Panduan berikut :
1. Tabung FFA - 10%
Tabung ini di namakan Financial Freedom Account iaitu tabung simpanan untuk kita lupakan. Banyak instrumen simpanan yang kita boleh mulakan dengan modal minimum dan pulangan yang stabil sekitar 10-12% setahun. Contohnya, unit trust, ASB, fixed deposit
2. Tabung Fun - 10%
Tabung ini harus dihabiskan! Reward urself . Ini masanya untuk anda enjoy dengan aktiviti fun yg digemari.
3. Tabung Donation - 10%
Jangan lupakan ibu bapa, famly dan orang susah. Apa salah kita memberi pada ibu bapa kita . Itukan lebih berkat , dengan doa dan kasih sayang mereka perjalanan hidup kita akan lebih teratur. Percayalah. The Power of Sedekah!
4. Tabung LTSS ( Long Term Spending Saving) - 10%
Tabung ini kita boleh guna utk something/barang yang kita nak beli. Contoh, perabot rumah ke, handphone ke, kalu boleh jangan suka BERHUTANG!
5. Tabung Education - 10%
Tabung ini pun penting untuk kita upgrade knowledge. Bila knowledge upgrade , so income kita pun upgrade, Amacam?
6. Tabung Necessity - 50%
Tabung inilah yang kita gunakan untuk penuhi keperluan hidup. Rumah , kereta, makan minum, minyak, topup handphone dan etc. Klu terlebih budget kat sini, try kurangkan kos hidup dan tingkatkan income.. Amacam??
Contoh :
Gaji RM2500.00 . Allocation untuk tabung berikut:
1. Tabung FFA - 250.00
2. Donation - 250.00
3. Tabung Entertainment - 250.00
4. Tabung LTSS - 250.00
5. Tabung Education - 250.00
6. Tabung Necessity - 1250.00
Mudah bukan? Berbelanjalah ikut kemampuan , bukan ikut kemahuan.
Simple tips bukan....
Shahliza
#Manulife Asset Management Services Berhad
#shahlizasukiman@gmail.com
#016-2955971
Tiada ulasan:
Catat Ulasan