Jumaat, 17 Oktober 2014

Fokus



Fokus. Persoalan ini yang saya nak kupas. Banyak saya lihat orang berjaya  memulakan sesuatu perkara/bisnes  dan menghabiskan hingga berjaya. Persoalannya, berapa banyak fokus kita ? Berapa banyak tabiat yang kita telah bentuk dan fokus kepada tabiat untuk berjaya kepada bidang yang telah kita mulakan. Berapa lama kita bersabar dan fokus untuk berjaya di dalam sesuatu perkara yang telah kita mulakan. Setelah berjaya dalam 1 bidang yang telah kita mulakan, Barulah kita fokus pada perkara lain. Pokoknya FOKUS. Itulah nasihat dari orang-orang berjaya. Kenapa kita perlu fokus. Bagaiman untuk fokus?

Cara bina tabiat dengan mudah...
Saya ingin berkongsi satu contoh tabiat orang kaya dan bagaimana nak membina tabiat dengan mudah.

" kualiti tabiat kita menentukan kualiti hidup kita"

banyak sekali perkara-perkara yang boleh mengganggu tabiat kita, jika kita telah membentuk ia sbg satu tabiat, ia akan dibuat secara automatik tanpa sedar! Dan kita akan berjaya menepis gangguan-gangguan tersebut dan hidup akan jd lebih teratur.Tendang dan katakan Goodbye!

Tabiat orang kaya adalah orang yang sangat FOKUS! Mereka akan mulakan sesuatu dan buat sampai habis. Orang kaya akan bertahan dari melayan gangguan dari anasir luar. Mereka akan membentuk tabiat SETIAP HARI!  Contohnya, pukul 8-9 kerja mereka hanya akan buat pemasaran di facebook. Dalam masa ini mereka tak akan buat perkara lain. Bagi orang kaya, Tabiat ini automatik. Mereka baut kerja yang sama setiap hari, dan ia hampir seperti minum air tanpa bernafas.

Ia seperti memandu kereta tanpa berfikir. Tapi soalan seterusnya begini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan